AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998
[ Sub peraturan 7(2) ]
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN
PADANG KEMUNTING, 21020 KUALA TERENGGANU
Nama
dan Alamat :
1.
Persatuan ini adalah dikenal dengan nama :
Persatuan
Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting
2.
Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :
Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting,
21020 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tujuan-tujuan
Persatuan :
3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah
(a) untuk mengadakan
sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam
sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;
(b) untuk membantu
dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan
murid-murid dalam kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan
ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pelajaran;
(d) untuk memberi
peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan
ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran.
Fungsi Persatuan
4.
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau
program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3,
seperti :-
a)
membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajkan murid;
b)
menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan
meningkatkan kemudahan di sekolah;
c)
meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat;
d)
meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pelajaran.
Keanggotaan Persatuan
5.
Anggota Persatuan terdiri daripada :
(a) Semua guru di sekolah;
(b) Ibu bapa kepada
murid yang belajar dalam sekolah; dan
(c) Warganegara
Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah atau Pegawai Pelajaran Bahagian atau Pendaftar,
mengikut mana yang berkenaan ( seperti di Lampiran A ); dan
6.
Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi
anggota ex
officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa Persatuan
7.
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa
yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh
anggota persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8.
Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara
Malaysia sahaja.
9.
Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut :
(a) Seorang Yang Di-Pertua
(b) Seorang Naib Yang
Di-Pertua
(c) Seorang
Setiausaha
(d) Seorang
Bendahari; dan
(e) 11
orang Ahli Jawatankuasa
10.
Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa
PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya seimbang.
11.
Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai
Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
12.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e)
hendaklah antara 1 hingga 11 orang.
13.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota
persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di
sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota
Jawatankuasa PIBG berkenaan.
14.
Tertakluk kepada perenggan 13, Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998, Pegawai Pelajaran
Daerah atau Pegawai Pelajaran Bahagian
(mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang
bukan anggota persatuan untuk menjadi
anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.
15.
Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah
bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada
tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar.
16.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG,
Yang Di-Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan,
berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk
mengisi kekosongan jawatan itu.
17.
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota persatuan
senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap
tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
18.
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur
kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh
perjalanan persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta
peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(a) Yang Di-Pertua
i)
Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG
dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
mesyuarat.
ii)
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani
minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
iii)
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta
memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota
Persatuan.
iv)
Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan
tugas sebagai Yang Di-Pertua.
v)
Boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada
bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau
Pengetua.
vi)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang
Persatuan.
vii)
Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan
dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
viii)
Mendapat nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari
semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.
(b) Naib Yang Di-Pertua
i)
Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan
fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.
ii)
Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua
semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
(c) Setiausaha
i)
Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan
Persatuan.
ii)
Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
iii)
Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat
Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
iv)
Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
v)
Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod
Persatuan.
vi)
Menghantar segala laporan aktiviti Persatuan dan minit
Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pelajaran Daerah atau
Pegawai Pelajaran Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat
Agung Tahunan.
vii)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang
Persatuan, jika perlu.
(d) Bendahari
i)
Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan
Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini.
Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember)
hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata
kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat
Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas mesyuarat
berkenaan.
ii)
Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang
diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
iii)
Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang
ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa.
iv)
Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan
daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun
terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
v)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang
Persatuan.
vi)
Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari
akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.
19.
Lain-lain Jawatan
(a) Guru Besar atau
Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio
Persatuan dan bertindak sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan
Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah
seperti berikut :-
i)
Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung
Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar tetapi tidak boleh mengundi;
ii)
Mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti,
program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan
tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar Negara dan
dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran
sekolah;
iii)
Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat
Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
iv)
Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan
dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
v)
Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan
dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya
dalam mesyuarat Persatuan;
vi)
Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi
Persatuan;
vii)
Memastikan sumbangan anggota Persatuan yang diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang
unsur paksaan; dan
viii)
Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang
menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut protokol yang
ditetapkan oleh Kementerian.
(b) Juru Audit
Dalaman
i)
Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman
dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG
pada Mesyuarat Agung Tahunan.
ii)
Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut :
(a) Mengaudit akaun
Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(b) Menjalankan
pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Tempat
bermesyuarat (jika berlainan
dari alamat berdaftar)
20.
Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan
di
SK Padang Kemunting,
21020 Kuala Terengganu, Terengganu.
Korum
21.
Korum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah
seperti berikut :
(a) Mesyuarat Agung
Tahunan-
Hendaklah tidak kurang daripada 3 kali
jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
(b) Mesyuarat
Jawatankuasa PIBG-
Hendaklah tidak kurang 2/3 daripada
jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.
Mesyuarat
Agung Tahunan
22.
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap
tahun sebelum akhir bulan Mac.
23.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir
bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang
dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.
24.
Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah
diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
25.
Sekiranya korum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan
notis bertulis kepada anggota Persatuan
memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh
asal tersebut.
26.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi
perkara-perkara berikut :
(a) ucapan Pengerusi;
(b) membentang dan
menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan
yang lalu;
(c) membentang dan
menerima Laporan Tahunan;
(d) membentang,
menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
(e) Membahaskan usul,
jika ada;
(f)
Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
(g) Pemilihan Juru
Audit Dalaman;
(h) Ucapan
Penangguhan; dan
(i)
Lain-lain hal.
27.
Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada
Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk mempertimbangkan
usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
28.
Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih
pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain
perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang
jawatan hendaklah dibuat seperti berikut :
(a) Anggota yang dicalonkan
untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat.
(b) Setiap pencalonan
hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
(c) Pemilihan
hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang
mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat
Agung Tergempar
29.
Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam
keadaan-keadaan berikut :
(a) apabila
difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;
(b) atas permintaan
bertulis sekurang-kurangnyaa 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau
(c) atas arahan
Pendaftar.
30.
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh
21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan
permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang
berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah
dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh
Mesyuarat hendak diadakan.
31.
Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan
kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.
Laporan
Mesyuarat
32.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata
Kira-Kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah atau Pegawai Pejabat Pelajaran Bahagian, mengikut mana
yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.
33.
Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar
kepada Pendaftar dan Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai Pejabat Pelajaran
Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh
Mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
34.
Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.
35.
Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada
anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
36.
Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota
Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila
difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.
37.
Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir
mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaannya dalam
Jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan
notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.
Punca-Punca
Pendapatan Persatuan
38.
Punca-punca pendapatan Persatuan adalah daripada:-
(a) sumbangan anggota
Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);
(b) derma dan
sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan
(c) pendapatan yang
diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat
kelulusan Pendaftar.
39.
Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana
bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.
40.
Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan
hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau
diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai
yang tidak melebihi RM300.00 pada
satu-satu masa.
Perbelanjaan
Wang Persatuan
41.
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang
Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid
sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.
42.
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun
Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha,
semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
43.
Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada
berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.
44.
Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31
Disember tahun semasa.
Penyimpanan
akaun pendapatan dan perbelanjaan
45.
Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit
hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
46.
Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah
diaudit serta diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pelajaran Daerah atau Pegawai Pelajaran
Bahagian mengikut mana yang berkenaan.
47.
Pendaftar, Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran
Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.
Harta
amanah Persatuan
48.
Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada
harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang
sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuatkuasa, diletakkan atas nama
Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh
sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi
faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa PIBG dari semasa ke semasa.
49.
Apa-apa harta yang diamanahkan kepada sekolah tidak boleh
dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan
persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pindaan
Perlembagaan Persatuan
50.
Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan
terlebih dahulu.
51.
Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar
hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh
sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.
52.
Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai
daripada tarikh pindaan diluluskan oleh Pendaftar.
53.
Pendaftar berhak meluluskan atau tidak meluluskan
sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.
Larangan
54.
Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk
merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan
sekolah, guru, kakitangan dan pekerja sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan
guru dan kakitangan sekolah.
55.
Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak
mempunyai keupayaan jurudikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum
persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak
dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikut dari segi
undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau
Pengetua untuk kelulusan panduan.
56.
Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi
menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau
Pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Bahagian, Jabatan Pelajaran
Negeri, Kementerian Pelajaran, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
57.
Persatuan tidak boleh bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa-Guru di sekolah-sekolah lain, parti
politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi,
pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah
mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Tafsiran
58.
Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada
Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau
Pengetua.
Pembubaran
59.
Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :
(a) atas arahan
bertulis daripada Pendaftar; atau
(b) Sekolah berhenti
beroperasi.
60.
Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana
yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan
pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana sekolah itu berada. Apa-apa harta
alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada sekolah hendaklah dilupuskan
mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.
61.
Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil
Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.
Perlembagaan Sekolah
Kebangsaan Padang Kemunting
Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, 21020
Kuala Terengganu.
Tandatangan Guru
Besar/Pengetua : .......................................................
Nama Guru Besar/Pengetua
: .................................................................
Tarikh :
..............................................................................................
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diluluskan oleh :
Pendaftar Sekolah dan
Guru
Cop :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.